Pages

Sunday, April 25, 2010

Chocolate for doorgift


Salam

Entry hari ni saya nak tunjukkan chocolate yang ditempah oleh cik Gowri dari Taman Ria. Order ni agak lewat jugak bagi saya sebab kuantiti yang dimintak melebihi 500pcs. Namun saya bersyukur kerana dengan izin-Nya saya mampu menyiapkan tempahan beliau sehari sebelom masa yang dijanjikan.
Saya agak kalut ni sebab nak membantu ibonda tercinta berniaga pokok2 bunga di Pekan Nat Kuala Nerang (sabtu/ahad) pulak memandangkan beliau masih belom sihat sepenuhnya..sebelom tu nak pi meneman dia beli stok pokok gi..ditambah plak dengan tunggu dia sembang ngan tokey pokok sambil menyebarkan berita..singgah rumah saudara kat kepala bataih..aisey tensi tul...tapi ni bukan komplen tau...memang suka kadang2 bz camni..!

Menurut Gowri chocolate ni untuk doorgift majlis Pertunangan beliau. Tapi tak sempat pulak nak jumpa bakal pengantin ni sebab abang dia yang hensem tu ja datang mengambil tempahan, almaklumlah pengantin cukup bz..sempat ber sms dari Penang saja. Gowri mintak warna mengikut tema majlis..jingga dan merah jambu.

..Anyway, Thanks ya Gowri..mudah-mudahan kita boleh berurusan lagi..


Choco yang baru kuar mould


Choco ni dah siap boh bedak lipstik..tunggu kastema mai amik ja


Saya terpaksa announce harga baru chocolate mandangkan harga kotak dah naik..chocolate pun dah naik..terpaksalah saya up skit harga..untuk detail sila email jika berminat ya!






*yaty*