Pages

Thursday, October 28, 2010

Order dari adik-adik Kilang Nautica



Salam...

Tempahan diterima melalui sahabat di kilang Nautica, kak Faridah (TQ)..terlupa plak dah nak tanya nama adik2 ni..dok asyik bergosip dgn member sampai lupa suma...Sori ya adik2...




Kek Choc. Moist (blueberry filling)/Size : 9"/Frosting buttercream


Kek Choc Moist/ saiz: 9"/ frosting choc ganache dan ceri

TQVM adik2..nanti nak p sambung gosip kak tanya nama2 hampa hehehehehe.....


Order Cikgu Wanne untuk Suaminya

Kek Coklat Moist
Saiz : 9" dgn topping ganache dan buttercream


Salam...rasanya baru ja buat kek cheese untuk boyfriend cikgu wanne ni dah sampai pulak hari jadinya...Kali ni cikgu order kek coklat, sebab dia pon terlupa nak plan awai..saya pulak tak dak stok utk kek2 lain..so terjadi la kekalutan membuat kek nih...nasib baik bahan utk kek choc moist ni sentiasa ada stok..cuma design ja cukup simple..


hmm agaknya saya perlu buat satu rekod utk kastema2 kan??..bila dekat2 tarikh besdei buleh la buat reminder ka...akan difikirkan...



TQVM my fren.....Cikgu Harwanne...

Saturday, October 16, 2010

Happy Birthday Tiara/Yaya





Salam....
Korang masih ingat tak pada Makcik Lela yang memberi ilham kek bunga purple baru2 ni??..hah ni tempahan dari beliaulah..untuk puteri bongsu kesayangannya, sepupu saya..makcik saya ni idea dia memang marbelesss..tp saya terpaksa ubah2 sebab utk sesuaikan dgn jenis cream. Kalau ikotkan idea asal, makcik mahukan kek 4 segi, steam buttercream..tinggi ala inggeris..warna hitam..bunga fondant yg minimum di bucu dan tulisan happy birthday Tiara di tengah2 atas kek..dan juga beads dikeliling kaki kek.hmm mencabarkan..

Mcm mana nak buat steam buttercream yang tajam bucu? dah la kek setinggi 5"..saya ni taklah sepandai sifu Linda..so taknak amik risiko, saya bulatkan bucu2 kek...warna pon susah jugak nak dapat hitam pekat...last2 ni la hasilnyaa...kaki kek terpaksa ditambah hiasan sbb kek terlalu tinggi bila nak transfer, coating dekat kaki kek retak huhuhu...mcm2 laaa...memang mencabar kesabaran saya...







Walau cmna pon thanks to my Makcik!!..Happy Birthday to Princess Yaya.....semoga panjang umor dan dimurahkan rezeki sepanjang hidup....
Feedback Yaya...kek lawa dan sedap sangat!...alhamdullilahhh...luv u muah..muahh...









Thursday, October 14, 2010

Rich MixFruits Cake


Yang ni pulak gambar kek experiment saya hari ni...orang kata kek buah ni lagi lama simpan lagi sedap..saya baru bake semalam..hari ni pon dah rasa sedappp ahaksss!..Kek ni saya gunakan pure butter Golden Churn utk memewahkan lagi rasa kek ...tadi dah selamat dibahagikan pada kawan2..harap2 boleh dapat order nanti..

Kalau sesapa nak buat tempahan boleh la hubungi saya segera ya...
Thanks to my new freinds yg sudi exchange resepi ni...U know who u are...

*yaty*










Cupcakes untuk Jamuan Sek. Keb. Darulaman




Tempahan cupcakes ini dibuat oleh Cikgu Idah untuk jamuan Hari Raya di Sekolahnya. Sebanyak 400 cuppies telah selamat diserahkan pada hari Rabu lepas. Masa saya sampai tu tengok suma budak2 siap berbaju melayu/kurung berwarna warni...nampak mereka seronok sangat sbb dah habih exam agaknya..cupcakes saya buatkan dalam 4 perasa..strawberries..pandan..orange dan vanila. Yg ni memang cupcakes versi kenduri kendara..Jadi sesapa yang berminat nak buat tempahan kenduri kawin atau apa2 acara boleh la menghubungi saya. Harga boleh dirunding mengikut budget masing2...




Cupcakes yang extra saya bungkuskan sebagai sampel kepada kawan2...


Terima kasih kak idah kerana sudi membuat tempahan...


Vege Cake


Salam..
Akhir2 ni saya jarang masukkan entry di sini sbb sibuk dengan tugas2 lain dan kelas dibawah seliaan YKS. Agak lama jugak ode kek ni sori ya dik akak tak berkesempatan nak tayangkan di blog dgn segera..tapi kalau dekat Facebook cepaaattt ja saya updet hehehe..jadi sila silalah add saya di Facebook untuk dapatkan info terkini...terpantas dan terr..terr lagi...

Berbalik pada tempahan di atas ni adalah dari student Aimst, Ms Menaka untuk sahabat mereka yang menyambut hari jadi yg ke 21..mereka mahukan kek choc vege tapi saya dah upgradekan ke vege choc dan vanila cake...Menaka cuma mahukan 1/2 kg sebab cuma 2 org saja nak makan katanya..biasanya saya tak buat kek kurang dari 1kg sbb tak boleh nak kaver kos saya..tapi rasa kesian pulak saya pon penah berada di tempat mereka jugak dulu..lagipon students Aimst memang dah selalu buat tempahan..so akhirnya saya setujuk!...

Kek cuma dihias simple mengikut kemahuan Ms Menaka yang nakkan blueberry filling dan Choc. topping...Thanks Menaka..semoga gembira meraikan majlis sahabat anda..dan tak lupa jugak..selamat menyambut deepavali (in advance!)...

Feedback sms dari Menaka...kek sedap dan cantik...TQVM semoga berurusan lagi..
*yaty*

Monday, October 4, 2010

Kelas Roti oleh Nieza



Best tak tengok suma roti2 tu????...nilah hasil kelas bersama Nieza dari Queza Bakery..sapa berminat nak join kelas buleh scroll dekat nama Nieza disebelah...sapa yg berminat nak ode roti di sekitar SP buleh la hubungi Krazycakes. ..bulk ode saja ye..Insyallah cukup puas hati dgn kualiti...Thanks to Queza Bakery!!

Saturday, October 2, 2010

Kelas Birthday Cake Cartoons theme Dibuka untuk pendaftaran

Salam suma...kepada sesiapa yang berminat sila hubungi saya untuk pendaftaran dan detail info...

Friday, October 1, 2010

Jamuan Hari Raya Bank Rakyat


Tempahan kak ros utk majlis hari raya di pejabatnya...
Nampak ja senang tulih2 ni..blom cuba blom tauuuuuuu....susah tuuu..bila dah tulih banyak2 rasa naik julin mata oooo...
Anyway Thanks to sepupuku Kak Ros yang rajin benar promote produk2 Krazycakes..