Pages

Tuesday, March 30, 2010

Mango Cheese Cake

Salam... hari ni saya berkarya lagik hikhikhik..
Saja nak mencuba resepi baru dari iaitu Mango Cheese Cake. Agak berlainan tekstur kek ni dengan Blueberry Cheese yang selalu saya buat. Namun kesedapan menikmati kek ni hmmm...hingga tak terkata!..tapi masih ada penambahan yang perlu dibuat mengikut pandangan saya...so sesiapa yang dah tak tahan nak rasa mai la order....


Deco simple jer sebab 1st taim buat untuk diri sendiri dan akan bagi2 kengkawan rasa...

hmmmmm...sedappp!



Note : ada sesapa nak join kelas choc. homemade on 1st May?? leh email for detail info.



*yaty*

Thursday, March 25, 2010

Tempahan dari Azliyati untuk Hubby tersayang...

Monte Carlo Choc Cheese Cake

Salam suma,

Kek ini ditempah oleh rakan sekampong saya yang tinggal dan bekerja di Kulim. Azliyati menempah kek ini untuk hubby tersayang sempena harijadi beliau. Azliyati ni tinggal di Kulim belakang Secret Recipe jer tapi kali ni memilih kek saya untuk kelainan. Thanks to Azliyati. Pada mulanya beliau nak kek yang ini ditulis 'Happy Birthday to my lovely hubby'..tapi tah kenapa tangan saya asyik tak menjadi ja masa mendeko kek ni..berlainan teknik saya guna untuk tulis atas kek ni suma tak menjadi pada pandangan mata saya...im so sorry.. So jalan mudah terakhir ialah tak tulis langsung dan cover jer ataih kek dgn fresh strawberries. Alhamdullilah la beliau suka dengan design nih..


Azliyati jugak order sekotak Chocolate pelbagai perisa dan design. (Thanks to Lina Langkawi sebab susah payah poskan kak t kotak2 ni..duit pon blom bayag gi nih..)..jauh betoi kotak ni jalan..dari KL ke Langkawi merentasi lautan pehtu balik semula ke Sg Petani...mmg la xpensive and xclusive untuk pelanggan nih..Saya bukan saja mencari keuntungan tapi yang penting kepuasan pelanggan!...



Terima kasih Azliyati nanti kalau nak order pizza tu bagitau awai noh...kepada hubby nya... saya ucapkan Selamat Hari Jadi dan selamat menikmati kek dan choc. khas dari Krazycakes...




*yaty*

Monday, March 22, 2010

Banana Choc Cheese Cake


Salam,

Entry kali ni saya cuma nak memperkenalkan sejenis kek yang mendapat sambutan akhir2 ini di Krazycakes...Banana Choc Cheese cake ni saya buat untuk sampel ke Bites cafe di Lagenda Height. Bersama kek ini saya juga menyediakan Blueberry Cheese Cakes dan Choc Cupcakes with Strawberry cream.
Diharap pihak Bites, Ms Wing berpuas hati dengan sampel2 tersebut dan sudi menjadi pelanggan kami. Jom layan pics..sebab saya hari ni malas nak taip panjang2..





sekian...






*yaty*

Sunday, March 14, 2010

Cartoon Artwork class

Salam,

Kali ni saya berpeluang menimba ilmu dengan Kaori Linda lagi. Kebetulan pulak bertemu dengan rakan cyber yang baru saja berbalas chat di sini iaitu Kak Ida (taman Kempas). Seronok jugak dapat jumpa kak Ida ni macam terbau2 pokok okidnya yang menjadi idaman kalbuku..heheheeh, cepat belah ye kak Ida! tak sabag chek nak p kecek nih!

Kelas juga turut disertai oleh Aishah dari Penang. Seronok kami melepa kek dengan gambar Mickey dan Spongebob..alamak! terlupa kamera plak...hmmm ni gara2 kebizian melanda sari dua ni sebab menemani hubby menjemput MakNdaknya yang mai dari KL dan menyiapkan cis kek si Meriam lagik!..

Kelas start pukul 10am dan berakhir 2pm, kami dijamu makan nasi tengahari lak..macam2 la Linda ni..buat susah jer..dengan roti sandwich dan kek yang sedap..thanks to Linda, see u next time..

Ni la kek yang sempat saya snap sebelom bertolak pula menghantar MakNdak ke airport.
Saya jugak sempat membekalkan MakNdak dengan Butter Cheese Cake..kali ni no Lemon sebab buat apa yang ada dalam freez jer..

si Ladybird yang pemalu...


uhh sunny day!



*yaty*

Monday, March 8, 2010

Bersantai bersama ex-PNE frenz

Salam suma,

Entry hari ni saya cuma nak melayan foto2 dari last dinner on friday, 5hb lepas. Dinner dibuat di Restoran Shezan, ini kali kedua kami ke sini dan mayb yang terakhir..mana tahan kan setiap kali nak bayar bil ada saja masalah..kira silap laa..duit lebih la..menu kurang la..macam2. Saya harap tetamu yang berkunjung ke restoran ini akan lebih berhati2, sebab kami dah kena 2 kali! sila perhatikan bil anda sebelom membuat pembayaran.

Dinner dihadiri oleh sebahagian rakan2 ex-PNE Marvellous Sdn. Bhd...Ms.Lai, Ms.Ooi (a.k.a Majlis Perbandaran SP hehehe), Nida, Ms Elaine, Kak Faridah (lambat!), Pakcik Nasir dan saya..Kali ni saya sempat buatkan Monte Carlo Choc Cheese Cake untuk dinikmati sahabat2 saya..dengan deco yang simple! hehe janji makan sedappp ye tak??!..masuk lif tekan sendiri kihkihkih

Ada orang perasan besdey dia..

haah tu la MPSP kita berbaju pink...menu dia sorang saja..tomyam bihun, roti arab dan mee goreng tapi badan dok keding jer..rugi..rugi..makan tak nampak p mana!

Best jugak sesekali dapat sembang2 dan makan2 bersama sahabat2 lama..banyak gosip2 yang kuar malam tu..dinner habih dalam pukul 11pm..arghhh ngantukk aaa...!

Sebelom tu, meh tengok Lemon Butter Cheese Cake yang saya buat tadi..


hmmm yummy...ada yang dok meleleh ayag liog?..jangan malu2..jangan segan2..kol jer..
penghantaran sehingga ke depan pintu rumah anda..



*yaty*

Monday, March 1, 2010

Krazycakes di Karnival Usahawan dan Kerjaya Kuala Nerang

Salam suma,

Minggu ini merupakan minggu yang paling memenatkan saya..setelah mendaftarkan diri untuk mengikuti minggu Usahawan dan Kerjaya di Kuala Nerang pada 27 Feb - 1 Mac, saya juga telah menerima pelbagai tempahan dalam minggu tersebut..banyak yang perlu diselesaikan sebelum karnival bermula. Cadangan tu cuma mahu menumpang gerai ibonda tercinta dan membantu beliau yang berniaga pokok2 bunga tapi dicadangkan pula membuka gerai yang berasingan..hmmm bermulalah episod pertama saya memperkenalkan produk secara langsung kepada orang ramai..

Sepanjang minggu tersebut saya menerima tempahan bermula dengan hantaran chocolate dari adik Nur yang merupakan rakan sekerja saya sebelum ni..memandangkan saya sedang menyiapkan chocolate untuk booth akan datang so saya mampu menyempurnakan tugasan beliau dengan sempurna..

Penghantaran di buat pada 25hb.

Order kedua dari sahabat lama saya Siti Mariam yang dikenali sejak sekolah rendah lagi untuk makan2 di majlis kesyukuran di stokis beliau iaitu satu CMC dan Cotton Japanesse Chesse Cake (order kali kedua..hantu cis betoi hang Yam! hehehe)

hmm agak2 sapa laaahhh Edy Montok ni yer???...pandai hg ngata orang noh!

Cotton Japanesse Cheese Cake

Order ketiga datang dari sahabat2 sekolah juga yang bertugas di PLKN Kulim. Beliau meminta saya buatkan 4 kek Harijadi setiap satunya 2kg untuk meraikan pelajar2 kem PLKN SYRUZ, Kulim. Cukup besar cabaran menyiapkan kek ini bagi saya yang sukakan cabaran! hehehe..di masa yang sama saya perlu menyiapkan persiapan akhir ke karnival...terpaksa saya pakai drebar ke kem tersebut sebab dah 'flat'..thanxs a lot to my hubby for your support..amik MC jadi drebar..oppssss pecah rahsia..takpa bos dia jepun, tak paham! hehehe..

Ini merupakan pertama kali saya menggunakan edible image di atas kek, agak kurang memuaskan bagi saya tapi akan saya cuba atasi di masa depan

Order kedua dan ketiga telah dihantar pada hari yang sama, 26hb ke Kulim. Sahabat2 saya ini memberikan feedback yang positif..amboi makan sampai menjilat siku noh, siku mu basuh dak?!


Persediaan ke Karnival....


Hazelnut choc.


Choc Box ni tak sempat sampai ke tapak karnival..melt plak dalam keta..sebab cuaca terlalu panas saya pulak bertolak dari SP pada pukul 3ptg
(terpaksa tidor dulu selepas hantar kek ke Kulim)

Choc yang telah dipek dalam kotak untuk jualan karnival..pelbagai perisa/filling

Cupcakes yang disediakan..cuaca panas menyebabkan aising sedikit kembang..

Taaaraaaa...hah nilah gerai saya! hehehehe...cantik tak banner..?? sahabat saya Mr.Zamri yang buatkan nih..dari Sakinah studio. Memang sahabat2 saya banyak membantu dalam perjalanan perniagaan saya..thanks to suma..

Upacara perasmian oleh Timb Menterian Asas Tani Dato' Johari..dan juga bekas MB kedah Dato Mahadir Khalid. Lawatan ke gerai2 karnival..huiii ramainya jurufoto keliling gerai Krazycakes hehehe...lupa lak nak pinjam spek pala lori cik Wanne! Saya menerangkan pada beliau konsep perniagaan online..

Selamba ja saya snap gambag nih..Dato' tengah tanya dapat bantuan dak?? saya kata takdak!..pehtu Dato amik kad nak bagi kat pegawai dia untuk tindakan susulan...kalau dapat bantuan alhamdullilah la Dato'...


Ni ja belen untuk hari pertama..na wat camno? memang tujuan nak promosi ja..long term biz..oh terlupa lak, saya ada meminta sahabat (baru kenal semasa temuduga jab pertanian) Ida dari Pdg Sanai letak produk dia iaitu donut choc dan sardin serta roti mini pizza...sambutan pon amat menggalakkan..sedap!

Sambil mempromosi barangan di gerai, saya juga membantu ibu saya di gerai sebelah!..hah tengok nih...
Tokey bunga tengah tunggu kastema 1st day nih sebelom upacara perasmian...

Dato' Joe tengah amik biz kad..

Soalan bertubi dari dua Dato' menyebabkan mama ku tersipu2 menjawabnya..hehehehe...

Datin (wife Dato' Mahadir) tengah tunjuk apa tu???

oooOOo Datin nak beli Wild orkid ni...SOLD!

Persembahan PakLong...

Di hari akhir, semua golongan usahawan menerima sijil masing2..secara keseluruhan majlis ini amat menjayakan..setinggi2 ucapan terima kasih dan tahniah kepada wargakerja dan pihak penganjur karnival. Usaha anda membantu golongan usahawan bumiputera daerah Padang Terap amat kami hargai..yelah sapa yang boleh bagi tapak free macam ni kan?!..Diharap karnival seumpama ini dapat diadakan lagi di masa akan datang, maybe kita boleh bergerak ke daerah lain pulak..

Bagi pihak Krazycakes ini merupakan langkah pertama saya mengadakan promosi secara langsung. Saya amat bersyukur ianya berjalan lancar..harapan saya agar biz ini dapat berkembang lagi di masa akan datang..aminnn...!





*yaty*