Pages

Tuesday, April 27, 2010

Cake and Cuppies for Bites 4

Salam,

Hari ni saya masukkan photo2 cake dan cuppies yang disediakan untuk Bites Cafe n Bistro. Cuaca cukup cantik sekarang ni dengan hujan yang turun selebat-lebatnya...maka cantiklah jugak adunan whipping cream yang saya pukul...ish ish cukup puas hati..masa nak delivery pon takyah dok bimbang deco terpeleot! hehehe...


Rich Chocolate Moist Cake (with choc mint)


Fancy Butter Vanilla Cuppies

p/s: Sorry Ms Wing cuppies tak cukup kuantiti...hehehe...






*yaty*

Sunday, April 25, 2010

Chocolate for doorgift


Salam

Entry hari ni saya nak tunjukkan chocolate yang ditempah oleh cik Gowri dari Taman Ria. Order ni agak lewat jugak bagi saya sebab kuantiti yang dimintak melebihi 500pcs. Namun saya bersyukur kerana dengan izin-Nya saya mampu menyiapkan tempahan beliau sehari sebelom masa yang dijanjikan.
Saya agak kalut ni sebab nak membantu ibonda tercinta berniaga pokok2 bunga di Pekan Nat Kuala Nerang (sabtu/ahad) pulak memandangkan beliau masih belom sihat sepenuhnya..sebelom tu nak pi meneman dia beli stok pokok gi..ditambah plak dengan tunggu dia sembang ngan tokey pokok sambil menyebarkan berita..singgah rumah saudara kat kepala bataih..aisey tensi tul...tapi ni bukan komplen tau...memang suka kadang2 bz camni..!

Menurut Gowri chocolate ni untuk doorgift majlis Pertunangan beliau. Tapi tak sempat pulak nak jumpa bakal pengantin ni sebab abang dia yang hensem tu ja datang mengambil tempahan, almaklumlah pengantin cukup bz..sempat ber sms dari Penang saja. Gowri mintak warna mengikut tema majlis..jingga dan merah jambu.

..Anyway, Thanks ya Gowri..mudah-mudahan kita boleh berurusan lagi..


Choco yang baru kuar mould


Choco ni dah siap boh bedak lipstik..tunggu kastema mai amik ja


Saya terpaksa announce harga baru chocolate mandangkan harga kotak dah naik..chocolate pun dah naik..terpaksalah saya up skit harga..untuk detail sila email jika berminat ya!






*yaty*

Monday, April 19, 2010

Cake for Bites 3


Salam,

Lama rasanya tak jenguk kedai saya ni...ada sebabnya..ibonda tercinta jatuh sakit secara tiba2..
sekarang pon masing takde mood nak update tapi kebizian akan melanda plak minggu ni, lagi simpan lama lagi malas nak updatekan!?. Nasib baik dah bawak mama ke sini, dok depan mata buleh la tengok2 sama cuma dia ja boring gilosss sebab tak buleh nak aktif macam kat kampong. Teringat segala pokok2 jualan dia yang tersadai buat sementara..insyallah sabtu ni beroperasi semula.
Kesihatan 'down' gara2 doktor silap bagi ubat lebih..ahhh malas nak celoteh panjang..nanti kalau jumpa doktor tu kat spital nak p sekeh pala dia!!

Kek kat atas tu order dari Ms Wing..dalam takdak2 mood ni tak banyak idea so saya cuma sediakan Black Forest Cake yang dalamnya dilayer dengan black cherry.


Sekian...






*yaty*

Monday, April 12, 2010

Muffins at Krazycakes

ChocChips Muffin

Banana Muffin Crumbs


Cream Cheese Muffins

Ni produk baru..baru belajag dan baru nak promo..ada 1 jenis lagi yang blom upload photo..

Blueberry Muffins

sedappp memang sedap!



*yaty*

Choc Banana Cheese Cake for Bites 3


Salam,

Semalam saya telah membuat penghantaran ke Bites cafe n Bistro untuk Choc Banana Cheese cake. Kek ini sebenarnya dilayer dengan cheese dan pisang..sedap! tak percaya meh la order hikhikhik..

Dah 2 kali saya buat delivery baru hari ni dapat jumpa Ms Wing semula..bz benar si kecik comel nih!..muda2 dah miliki cafe sendiri..teringat pada cafe arwah ayah saya dulu..Starrest Restaurant..berkonsepkan cafe jugak, ada live band lagi..kedainya dari sebuah rumah lama ala2 British kolonial betul2 belakang panggung Cathay Alor Setar..rasanya dah jadi kedai foto sekarang ni. Tapi masa tu tak banyak orang yang gemarkan konsep cafe n bistro ni kemudian ayah tukarkan ke karaoke restaurant..ada open karaoke dgn RM1 satu lagu dan 2 VIP rooms. Hidanganya pulak Thai foods..kat sini la saya mula belajag masakan siam dgn tukang masak. Kami juga pernah menganjurkan pertandingan karaoke.. hebat..hebat..ayah memang hebat! idea dia semua yang belom pernah org terokai..very creative..
Banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang menguruskan cafe2 ayah semasa cuti sekolah sehinggalah cuti semester..ya cafe2!..dari gerai makan biasa..kantin sekolah..kantin Universiti sehinggalah cafe dan karaoke..semua selok-belok restaurant ada dalam tangan saya..semuanya hasil didikan ayah.

..di mana ibu saya? ya dia jugak dengan dunia biz nya..dari peniaga kecil ke rumah2 orang bermula dgn jualan permaidani..kain pelikat/batik..kemudian barangan kemas/intan/berlian (mcm benggali kapet..hehehe dah keturunan sama, namapon Bijanbi Abdullah) ..perabot2 rumah dan sekarang jualan nursery pokok2 bunga dan orkid!

.. sbb tulah saya lebih cenderung pada dunia perniagaan berbanding kerja2 lain..ya saya akan teruskan, dunia perniagaan merupakan darah daging saya...


Pssst...Ms Wing bagi komen katanya kek Coffee Black Forest tu sangat sedap...!

thanks ya..


*yaty*

Tuesday, April 6, 2010

Cake n Cuppies For Bites 2


Salam,

Tempahan kali ni dari Bites Cafe n Bistro di Lagenda Height Sg. Petani. Diterima pada hari Selasa untuk dihantar pada keesokkan harinya. Disebabkan saya tiada tempahan minggu ni so tiada masalah untuk menyiapkan tempahan Ms Wing ni.
Ms. Wing mintak sebijik kek dan 20 cuppies yang fancy colour. Kadang2 saya ni blank jugak nak create design utk cuppies..tambahan pulak utk cafe. Kalau kenduri kawin senang ja letak roses habis citer tapi utk cafe ni len skit. Alangkah bagusnya kalau kastema memberikan design yang dikehendaki lagi senang keja saya!...So utk kali ni Ms. Wing mintak design simple dan ada love.

Untuk kek saya telah sediakan Coffee Black Forest :


Coffee Black Forest : Filling with choc ganache yang dimasak bersama custard dan coffee paste

Disebabkan tempahan lepas saya terlupa nak amik gambar cuppies, jadi kali ni cuppies dok dalam petiais pon saya cepat2 snap sebagai backup..hikhikhik...abaikan sayur yang melambai2 di belakang cuppies tu ye!


yang ni masa tersedia nak gi hantag dah...

Choc. Moist Cuppies




*yaty*

Thursday, April 1, 2010

Cake and Cuppies for Bites 1

Salam suma,

Pada minggu lepas saya menerima tempahan dari Ms Wing pemilik Bites, Cafe n Bistro Lagenda Height.. Beliau minta saya buatkan Monte Carlo Cheese Cake dan 20 Cuppies. Sambil menyiapkan order adik Aina saya juga menyiapkan order Ms Wing ini..Kali ni ada kelainan sikit sebab beliau mintak saya potong2 kek tersebut pada 10 bahagian..wadusss kalut jugak la kan. sebab tak penah buat!..ada la sikit2 kesilapan masa memotong tuh..maklum lar saya bukanlah chef hotel atau bakery yang dah bertahun2 buat kerja ni..suma teknik ni saya kena try n error dan tanya kawan2 yg lebih berpengalaman!. Anyway, deko pertama ni saya blom puas hati sebab tak nampak 'bangkit' pada kombinasi warna..dan terlalu simple..


SEBELUM


Terpaksa la saya start keta p beli sesuatu sebagai penyelamat!..


SELEPAS



Menurut information dari salah sorang pensyarah di Kolej Komuniti, red cherry ni umat islam tak boleh makan sebab direndam dengan arak. wallahuallam...kalau sesapa ada detail info sila share dgn saya ya!

Order kedua cupcakes...tapi kan..tapi kan...saya lupa snap gambo tu huhuhuhu...check lam kamera tadi baru tau takde amik gambo tu ...masa nak deliver cakes ni deco choc atas cuppies lak buat hal sebab kena cahaya matahari, 'terpeleot' (ni bahasa kedah k, bukan english so takyah carik lam dictionary hehehe)...ish..ishh..sorry la Ms Wing, next time i pegi malam sket, sejukkk..n bawak my driver..
thanks for order n hope there will be next time!





*yaty*

Happy Birthday Aina


Salam,

Kek kali ni order dari sahabat jiran saya untuk si birthdaygirl Aina yang menyambut hari lahirnya ke 10. Alhamdullilah, makcik ucapkan selamat harijadi ya Aina!..thanks also to Kak Gee, jiran saya yang tolong bawak kek ni ke opis.


Lemon Butter Cheese Cake with buttercream frosting
Theme : Birthday cake
Size : 8 X 8