Pages

Monday, December 28, 2009

3 tiers wedding cake



.....Officially Husband & Wife.....

Theme : Wedding
Cakes : Moist Choc Cake (bottom), Choc Sponge cake (center) and Butter cake (top)

Masih lagi sekitar majlis perkahwinan my bro/sis...Untuk menyediakan sesuatu yang istimewa untuk adik2 saya..Huihh nak siapkan kek ni bermacam2 cabaran yang saya hadapi dan dari pengalaman itulah yang akan saya jadikan panduan di masa depan...

Ni merupakan wedding cakes pertama saya..dan kena pulak 3 tiers..bayangkanlah projek pertama terus mega projek!..pecah peluh gak la hahahah...dengan gabungan ilmu dari K.Ana dan Linda maka terhasillah cake ini..ni kalau k.ana tengok sure kena komplen pasai bunga dan kalau Linda tengok sure kena komplen pasai steam buttercream tuh..hehehe sori sifu, tak mahir lagi pelan2 naa..practice make perfect right!?

Kek ni telah diupgrade beberapa kali sehinggalah saat2 akhir..dari 2 tiers ke 3 tiers dan dari 32cm(bottom) ke 38cm(bottom)...steam buttercream untuk bottom cake tu saya dah macam surrender tapi dek kerana kaler plak takkan sama kalau ikut cara biasa terpaksalah saya teruskan jugak. Nasib baik atas pertolongan Mama (yang terpaksa bangun kul 230am), dapatlah jugak siapkan kek tuh. Bila dah siap coating, mata plak takleh lena sebab seronok/enjoy menghias kek dengan bunga2 tuh..

Alhamdulilah projek mega saya berjaya jugak akhirnya!..ye ye..

Thanks to my sifu2..

Selamat Pengantin baru untuk abang dan adik, kak doakan semoga bahagia ke anak cucu...



*yaty*

Fancy cookies @ Krazycakes (Price)


A bouquet of fancy cookiesssss....soooo sweeettttt

Entry kali ini adalah sekitar majlis perkahwinan 2 adik saya Harfeeny dan Hafeedzool yang diadakan pada 26hb di Bandar Puteri Hill Park, SP. Untuk majlis tersebut saya telah memperkenalkan beberapa produk terbaru Krazycakes...promosi nih!

Untuk produk pertama, saya telah membuat Fancy cookies untuk diagihkan kepada teman2 rapat mereka. Cookies ini saya gubah seperti sejambak bunga dengan fondant aising sebagai hiasan. Memang cantik dan sweet sangat bila diletakkan di sisi meja solek bilik pengantin. Untuk yang berminat buatlah tempahan segera...amat sesuai untuk sebarang majlis atau untuk teman istimewa anda..

Fancy cookies with bamboo stick
Price : RM2.80/pc (min order 50pcs)

Fancy cookies w/o bamboo stick
Price : RM2.50/pc (min order 50pcs)



*yaty*

Monday, December 21, 2009

Choc Moist Cake double action...

Size : 9" (1.3kg)
Theme : Birthday

Tempahan dari kawan jiranku (lupa nama lagik!), setelah beberapa kali bersms dan talipon menalipon hehehe..akhirnya confirm Kek Choc. Moist dan topping choc. ganache dan choc sagat2 (tingat ais sagat (bahasa ulu kedah) a.k.a ABC di Selatan a.k.a Ais Kacang di Utara)
Segala topping atas tu saya buatkan dari choc. termasuk plate nama dan star..(mau nya tak nama double action!..hehehe)

Kek ni sebenarnya saya buat 2 kali, yang pertama terlajak koko powder..bila hubby makan bahagian ataih dari lebihan yang dipotong sebelum deco dia kata rasa sedikit pahit macam American choc cake tapi sambil tu laju ja dia telan..hmm konpius saya, biag betoi dia nih!...

dek rasa tak pueh ati terpaksa la saya memutar 2nd adunan around 11pm. Maka selamat la kek pertama tuh dalam perut my hubby

..kebetulan pulak tengah dok memesin dapat call dari Makcik bagitau pak sedara saya meninggal dunia di Kuala Ketil..mau tak mau kena la jugak habiskan adunan kedua tu sampai pukul 3 pagi selesai mendeco..dah jadi rezeki mama saya la pulak kek tu pada keesokkan harinya.

Kepada semua ahli keluarga PakNjang saya meminta agar semuanya tabah menghadapi dugaan..semoga rohnya dicucuri rahmat ..amin..


Kepada Aishah, selamat hari jadi yang ke 6..






*yaty*

Soft Cotton Japanesse Cheese Cake

Size : 9"



Kek ni saya buat untuk hubby tersayang yang suka sangat nak beli Cheese cake kat Tesco tuh. Hmmm tah brapa lama punya kek pon tak taulah kan!..memang bini dia ni kalau buat kek tempahan rajin la sangat tapi kalau family sendiri request nak makan kek terrsangatttttlah malazzzznyiaaaaa...heheheh...

Untuk penggemar2 Cheese Cake dan tak brapa sukakan Cheesecake yang masam, rebutlah peluang merasai keenakkan Cheese cake ini...memangggg sedappppp, lembut ringan macam cotton, melt in your mouth lah!



*yaty*

Strawberries Bake Cheese Cake

Strawberries Bake Cheese Cake with fresh strawberries
Size : 8"
Theme : Wedding gift

Kek ini diminta oleh mama kesayangan untuk dihadiahkan kepada anak jiran yang melangsungkan perkahwinan di Kuala Nerang.
Saya telah membalut kek ini dengan fondant untuk elak dari buah2 strawberries itu bergolek2 ketika dalam perjalanan. Al-maklumlah dari SP ke Kuala Nerang..pehtu nak berjalan ke Pendang pulak kan!?. Masa nak buat kek ini baru teringat yang saya terlupa nak beli kotak dan pelapik kek untuk hantaran tu..ermm alamat pakai ja apa yang ada..tu yang nampak besar sangat pelapik tuh!..untuk anak Ustazah Ramlah ( leerr lupa nama lak!)..saya ucapkan Selamat Pengantin Baru..

Untuk Kak Long(anak Cikgu Che Puteh, SORRY kak T takleh buatkan Cheese Kek untuk hantaran pertunangan awak sebab ada tugas yang lebih besar pada tarikh yang sama. Nanti kahwin kak T buatkan special ya!)




*yaty*

Tuesday, December 1, 2009

Frost your cakes with Steam buttercream..(new!)





Price : RM70/kg
Theme : Any

Sempena musim kenduri kawin ni, saya nak pekenalkan produk terbaru dari krazycakes...Steam buttercream..hmmm yummy!..taste berbeza dari buttercream biasa dan tahan cuaca luar untuk wedding..dan yang penting satu alternatif untuk menggantikan fondant kek yang kurang digemari/mahal...Pilihlah apa saja kek didalamnya dan difrostkan dengan steam buttercream..


Jamuan Perpisahan Sekolah 2

Order diterima dari sahabat baik yang bertugas sebagai guru Pra sekolah...sapa lagi Wanne la nih! hehehe...tempahan ini dibuat untuk 3 sekolah - S.K. Sri Wang (kapis 30biji dan fruits tart 30biji), S.K Tuan Syed Jan Al-Jafri (kapis 40biji, fruits tart dan birthday cake) dan S.K Tunku Ismail (kapis 70biji dan fruits tart). Jom layan gambar2 di bawah;






Cupcakes budget untuk kanak2 pra-sekolah...




Birthday cakes untuk kanak2 pra-sekolah...sebenarnya saya nak buat kaler merah tapi susah benar nak dapat kaler merah Elmo sesame street nih..so terpaksa la guna biru navy ni saja...



Ni pulak Fruits tart untuk cikgu-cikgu..

Thanks cikgu2..len kali order lagik..kalau ada yang tak puas hati tu mintak maaflah..len kali kita upgradekan lagik untuk memenuhi citarasa..

Birthday cake

Kek ini ditempah oleh teman se-opis hubby untuk rakannya. Beliau memberi komen yang kek ni terlalu manis..biasa la taste manusia ni berbeza2..emm nampaknya len kali saya kena adjust skit buttercream nih agar kurang manis sesuai dengan selera customers. Terima kasih diatas komen anda, saya akan pertingkatkan mutu produk agar memenuhi kehendak pelanggan!..(azam nih!). Untuk Devi, saya ucapkan Happy Birthday...

Jamuan Perpisahan Sekolah 1

Tempahan diterima dari jiran sebelah..Kak Ida sempena jamuan perpisahan di sekolahnya, 1 biji Kek Coklat Lembap dan 1 biji Kek Lapis Kukus Masam Manis. Walaupon last minute order tapi mampu juga saya siapkan mengikut kehendak beliau...alhamdulilahh.. (tapi kalau buleh len kali jangan la buat lagik ye..hehehe)


Saturday, October 31, 2009

Order from Aimst University




Theme : Garden
Size : Medium set of 16pcs

Base : Coklat moist cake


Set cupcakes ini ditempah oleh seorang student berbangsa cina dari Aimst university untuk birthday rakannya Sha. (Minta maaf kerana saya tak sempat bertanyakan nama pelanggan ini) Dia minta cupcakes yang mempunyai 8 bunga, 4 kura2 dan 4 untuk tulisan. Pada mulanya saya agak terkejut bila dia mintak saya buatkan kura2. sebab belom ada pelanggan yang mintak kura2..hehehe..Saya cadangkan ladybirds, tapi bila difikirkan balik ini adalah satu cabaran, kemudian saya cuba menguli 2 ekor kura2...emmm ok kot..so saya letakkan 2 kura2 dan 2 ladybirds..Menurut pelanggan ini, rakannya minat kek yang ada bunga, so saya cuba memberi yang terbaik kepada beliau sesuai dengan budget..
Harap adik aimst ini puas hati dengan tempahannya..To Sha, hepi besday 20th...


Seronoknya bila dapat feedback macam ni...
Guest : hey, im the girl who ordered the cupcakes from you (latest post) thanks a lot! My friend is very happy and the cakes is delicious thanks once again

Saturday, October 24, 2009

Birthday cake for Hasni Farlina







Theme : Garden and flowers
Size : 8" (1.6kg)
Choc. sponge cake with buttercream and fondant

Kek ini ditempah oleh pelanggan tetap saya Nida untuk besday anaknya. Nida mahukan tema garden seperti cupcakes yang pernah saya buat sebelum ini. Pada mulanya saya cadangkan warna pink agar nampak kelainan dan sesuai untuk anak gadis tapi disebalik itu saya sebenarnya sudah bosan dengan design dan warna yang sama dan ingin mencuba sesuatu yang baru.

Walau bagaimanapun saya tahu beliau inginkan kaler yang sama seperti cupcakes sebelumnya. Saya akur dengan kehendak beliau dan cuba memberi kelainan. Ini merupakan kek pertama saya menggunakan tema garden (sebelom ni cuma cupcakes). Saya amat berpuas hati dengan hasil kek ini dan betul2 enjoy membuatnya. I loveeeee cartoons...

Saya amat berharap Nida juga berpuashati dengan kek ini (deliver esok..) Kepada Hasni Farlina, Hepi Besday!..yang ke 7 tahun..





*Yaty*

Wednesday, October 21, 2009

Butter Cheese Cake

Butter Cheese Cake
Size : 8X8
Price : RM38

Projek hari ini ialah Butter Cheese Cake permintaan dari Mr.Hubby. Dah 3 hari asyik bermain dengan cheese saja. Cake ini memang sangat lembut dan harum. Saya tambahkan parutan lemon di dalam adunan. Untuk sesiapa yang gemarkan butter kek bolehlah membuat tempahan untuk kek ini. Rasailah kelainan butter cake yang diadun dengan cheese dan parutan lemon..Jom makan!





*Yaty*

Tuesday, October 20, 2009

Cheese Cake again!


Theme : Blueberry Cheese Cake
Size : 9" (topping blueberry filling and deco with whipping cream)

Order datang dari sahabat yang dah lama terputus hubungan. Selalunya saya tak pernah ambil order cheese cake yang perlu dibuat dalam masa satu hari tapi disebabkan kawan saya ini pertama kali order dan untuk birthday hubby dia pulak so saya cuba buat yang terbaik.

Kawan saya mintak blueberry cheese cake dengan kata2 yang diberikan. Oleh kerana dia ni agak gila2 (sori ye wanne..) so saya buatkan perkataan yang gila2 jugak!..Kek start dibakar pada tengahhari sebab saya perlu mencari bahan2 yang sudah kehabisan stok. Sementara menunggu kek sejuk, jam sudah menunjukkan hampir pukul 6 ptg (janji kul 6 ambil). Terpaksalah saya mendeco jugak atas kek tersebut walaupon belum ready lagik.

Part yang paling memeningkan bila nak keluarkan kek dari bottom pan!?huh..macam mana nih?..kek masih lembut!..langkah terakhir saya ialah membenarkan kawan saya membawa pulang kek bersama bottom pan saya..hahahahahaa...Tapi itu tidak berlaku sebab kawan saya sampai rumah agak lewat dah kek ready untuk ditransfer ke plate kotak..fuhhh nasib baaaikkkk...

Thanks to wanne (my classmate) yang baru jumpa walaupon dah lama dok di SP!..dan juga Selamat Hari Jadi to your hubby..






*Yaty*

Monday, October 19, 2009

Krazycakes biz card



..My 1st biz card..taraaaaaa....dah 2 hari tau saya tunggu abang posman depan rumah, akhirnya ketemu jua hahahaha...abang posman pi raya Deepavali rupanya..

Teruja dengan biz kad Syima, so saya pon telah menempah 1 set dari member lama En. Zamri. Kepada mereka yang berminat bolehla membuat tempahan di nombor tertera atau melalui saya. En. Zamri juga merupakan jurugambar profesional untuk majlis2 keraian seperti Perkahwinan, Hari jadi dan sebagainya.




*Yaty*

Blueberry Cheese Cake



Blueberry Cheese Cake
Size : 9" (1.5kg)


Blueberry Bake Cheese cake ini ditempah oleh Mr. Tan (GM, SPE Center (M) Sdn. Bhd.) untuk dibahagikan kepada operator2 dikilangnya. Menurut hubby kek ini sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana sanggup bekerja lebih masa pada cuti Deepavali. Beliau meminta kek ini dipotong2 agar mudah untuk diberi kepada operator.
Pihak Krazycakes mengucapkan terima kasih kepada Mr Tan dan kepada Mr. Hubby thanks for your support!







*Yaty*


Saturday, October 17, 2009

Cake for birthday boy



Theme : Birthday
Size : 9" (1.3kg)
Choc. Sponge cake (fresh whipping cream/blueberry filling/fruit/choc)

Order ni diterima dari kawan opis yang dah jadi pelanggan tetap saya. Tapi kali ini untuk anak saudaranya. Mulanya Nida ode kek Ultraman tapi disebabkan kesuntukkan masa(semalam ode hari ni nak..hmmm nak kena nih!) dan saya pulak dok siap2 nak balik KN, terpaksa la tukar. Tapi Nida kata mak birthday boy mintak kek dilayer dengan blueberry filling dan buah2an diatasnya.

Dengan budget yang diberi, akhirnya sempurnalah kerja saya. Bila tengok2 balik tak macam kek untuk birthday boy la pulak!..ni anak ka nak makan atau maknya nih??..hahaha..

Anyway thanks tu Nida..and hepi besday to Harith. Sorry auntie takleh nak buat ultraman..len kali yek!..





*Yaty*

Monday, October 12, 2009

Fruit tart

Fruit Tart
Size : Medium
Price : Min. RM50/30pcs




yaty

Sunday, October 11, 2009

More Cakes at Krazycakes

Bake Prune Cake
Size : 8X8 (1.2kg)

Coklat Moist Cake
Size : 8X8 (1kg)


Coklat Moist Cake
Size : 8" (1kg)


Projek Raya 2009

Projek Raya 2009


Blueberry Cheese Cake
Size : 9"

Kek Lapis Kukus Masam Manis
Size : 9X9

Kek Lapis Prune Kukus
Size : 8X8





Yaty

Baking Class at Krazycakes (Temporary close)

Anda berminat mengikut kelas dibawah;

1. Brownies - choc.& cheese (RM150)

2. Cheestart & Fruitart (RM150)

3. Muffin - 2 jenis (RM150)

4. Pudding Jagung dan Peach (RM150)

5. Kek Coklat Moist & choc. ganache (RM250)

6.Bake Cheese Cake (RM150)

7. Steam Layer Cake - 2 jenis (RM200)

8. Cupcakes with buttercream icing (RM200)


Semua kelas adalah secara hands on dan tempat terhad. Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.



yaty

Friday, October 9, 2009

Price List at Krazycakes

Cakes Price List

Sponge Cakes (Vanilla/Choc./Orange/Pandan/Strawberry) - Size 8"/1kg++
with buttercream/jelly - start at RM35/kg
with fresh cream - start at RM50/kg
with steam buttercream/fondant - start at RM60/kg
**Additional :
+RM10 fresh fruits
+RM10 Cartoons drawing
+RM20 edible photos


Choc. Moist Cake - Size 8"/1kg++
with choc.ganache/sugar deco. - RM50
with rich choc ganache (flowers) - RM65

Blueberry/strawberry Cheesee Cake (size 9") - RM75

Japannese Cotton Cheese Cake (size 8") - RM35

Bake Prune Cake (size 8X8) - RM45

Steam Prune Layer Cake (size 8X8) - RM35

Steam Sweet and Sour Cake (9X9) - RM35

Orange/butter/marble (8X8) - RM35


Harga tambahan untuk;
a) Kombinasi topping
b) Fresh fruits
c) Edible sugar picture (bergantung size)
d) Hiasan/hantaran/perkahwinan (tiers cake)
e) Harga bahan mentah semasa



yaty

Price List at Krazycakes

CUPCAKES PRICE LIST
5.5 soufflecup in cc box
Buttercream/jelly
- start at RM2.20/pc
- min. order 16pcs
Choc. ganache/fondant/figurine/fresh fruits
- start at RM2.90/pc
- min. order 16pcs
6.5 soufflecup in cc box
Buttercream/jelly
- start at RM2.80
- min. order 12pcs
Choc. ganache/fondant/figurine/fresh fruits
- start at RM3.50/pc
- min. order 12pcs
Plain cupcakes (papercup size 8)
-min. order 100pcs
in box - RM30
in individual casing - RM50

Harga tambahan untuk;
a) kombinasi topping
b) Individual packed cuppies
c) Edible sugar picture (bergantung size)
d) Hiasan/hantaran
e) Harga bahan mentah semasa




yaty

Thursday, October 8, 2009

Sample Cakes by Krazycakes

Theme : Wedding gift
Fruits Cakes
Size : 6" (1.5kg)

Theme : Black Forest Cake
Choc. sponge cake with fresh cream/fresh fruits
Size : 9" (1.5kg)

Theme : Krazy love (Enggament gift)
Vanila sponge cake with butercream/fresh fruits/jelly
Size : 8" (1.4kg)
Kek untuk pertunangan rakan opis.

Theme : Flowers (Special gift : rich of choc, for choc luvers*)
Choc. Moist cake with choc. ganache
Size : 8" (1.6kg)


Theme : Cartoon (Birthday cake)
Choc. sponge cake with buttercream
Size : 9" (1.2kg)
Order ini diterima dari Yanne(adik) utk sepupunya. Thanks



*Yaty*

Wednesday, October 7, 2009

Sample Cupcakes by Krazycakes


Theme : Flowers in the garden with strawberries
Quantity : Min. 16pcs

Size : Medium


Theme : Flowers in garden
Quantity : Min. 16pcs

Size : Medium

Order ini diterima dari my lovely Makcik (Kepala Batas) untuk open housenya. Thanks..

Hantaran ini diorder dari Ida untuk perkahwinan adiknya. Thanks..

Theme : Wedding gift (buttercream/fruits/fondant)
Quantity : 12pcs
Size : Large
Hantaran ini untuk adik saya di Puteri Jaya sempena hari pertunangannya.

Theme : Door gift (buttercream)
Quantity : Min. 100pcs (with individual casing)
Size : Medium
Cuppies ini ditempah dari Dayah sempena perkahwinannya untuk diberi kepada tetamu. Thanks Dayah..

Theme : Fresh fruits (strawberry/choc ganache/wafle flowers)
Quantity : 9pcs
Size : Large
Cuppies ini ditempah oleh Dayah sebagai hantaran kepada pihak lelaki. Thanks..


Theme : Birthday (buttercream/colour sugar/fondant)
Quantity : 16pcs
Size : Medium
Order ini diterima dari Noni(Johor) untuk anak saudaranya di Amanjaya Sg Petani. Thanks..

Theme : Plain (strawberry/coffee/choc./vanilla)
Quantity : 100pcs
Size : Medium
Order diterima dari Nida untuk majlis makan2 di tadika anaknya. Thanks..

Theme : Krazy Flowers 1 (buttercream/fondant/sugar)
Quantity : 12pcs
Size : Medium
Hantaran untuk majlis perkahwinan diorder oleh Kak Faridah. Thanks..



Theme : Krazy Flowers 2 (buttercream/choc ganache/jelly)
Quantity : 12pcs
Size : Medium
Simple deco untuk pertunangan adik ipar.


Theme : Garden (buttercream/fondant/fruits)
Quantity : 12pcs
Size : Large






*Yaty*