Homemade Cakes Sungai Petani, tempahan kek di Sungai Petani untuk majlis pertunangan, perkahwinan, pembekal tepung kek segera, cupcakes, coklat, kelas kek, little chef, cheese kek, biskut raya, muffin, cheese tart, corporate gift, tiramisu, red velvet, cheese, nutty caramel, russian black & white, black forest, monte carlo, roti, bun, pizza, durian crepe, crepe cake,cakes in sungai petani,kek sungai petani, homemade bakery sungai petani, bakery sungai petani
Monday, April 12, 2010
Choc Banana Cheese Cake for Bites 3
Salam,
Semalam saya telah membuat penghantaran ke Bites cafe n Bistro untuk Choc Banana Cheese cake. Kek ini sebenarnya dilayer dengan cheese dan pisang..sedap! tak percaya meh la order hikhikhik..
Dah 2 kali saya buat delivery baru hari ni dapat jumpa Ms Wing semula..bz benar si kecik comel nih!..muda2 dah miliki cafe sendiri..teringat pada cafe arwah ayah saya dulu..Starrest Restaurant..berkonsepkan cafe jugak, ada live band lagi..kedainya dari sebuah rumah lama ala2 British kolonial betul2 belakang panggung Cathay Alor Setar..rasanya dah jadi kedai foto sekarang ni. Tapi masa tu tak banyak orang yang gemarkan konsep cafe n bistro ni kemudian ayah tukarkan ke karaoke restaurant..ada open karaoke dgn RM1 satu lagu dan 2 VIP rooms. Hidanganya pulak Thai foods..kat sini la saya mula belajag masakan siam dgn tukang masak. Kami juga pernah menganjurkan pertandingan karaoke.. hebat..hebat..ayah memang hebat! idea dia semua yang belom pernah org terokai..very creative..
Banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang menguruskan cafe2 ayah semasa cuti sekolah sehinggalah cuti semester..ya cafe2!..dari gerai makan biasa..kantin sekolah..kantin Universiti sehinggalah cafe dan karaoke..semua selok-belok restaurant ada dalam tangan saya..semuanya hasil didikan ayah.
..di mana ibu saya? ya dia jugak dengan dunia biz nya..dari peniaga kecil ke rumah2 orang bermula dgn jualan permaidani..kain pelikat/batik..kemudian barangan kemas/intan/berlian (mcm benggali kapet..hehehe dah keturunan sama, namapon Bijanbi Abdullah) ..perabot2 rumah dan sekarang jualan nursery pokok2 bunga dan orkid!
.. sbb tulah saya lebih cenderung pada dunia perniagaan berbanding kerja2 lain..ya saya akan teruskan, dunia perniagaan merupakan darah daging saya...
Pssst...Ms Wing bagi komen katanya kek Coffee Black Forest tu sangat sedap...!
thanks ya..
*yaty*
Blog Design by Gisele Jaquenod