Pages

Monday, March 1, 2010

Krazycakes di Karnival Usahawan dan Kerjaya Kuala Nerang

Salam suma,

Minggu ini merupakan minggu yang paling memenatkan saya..setelah mendaftarkan diri untuk mengikuti minggu Usahawan dan Kerjaya di Kuala Nerang pada 27 Feb - 1 Mac, saya juga telah menerima pelbagai tempahan dalam minggu tersebut..banyak yang perlu diselesaikan sebelum karnival bermula. Cadangan tu cuma mahu menumpang gerai ibonda tercinta dan membantu beliau yang berniaga pokok2 bunga tapi dicadangkan pula membuka gerai yang berasingan..hmmm bermulalah episod pertama saya memperkenalkan produk secara langsung kepada orang ramai..

Sepanjang minggu tersebut saya menerima tempahan bermula dengan hantaran chocolate dari adik Nur yang merupakan rakan sekerja saya sebelum ni..memandangkan saya sedang menyiapkan chocolate untuk booth akan datang so saya mampu menyempurnakan tugasan beliau dengan sempurna..

Penghantaran di buat pada 25hb.

Order kedua dari sahabat lama saya Siti Mariam yang dikenali sejak sekolah rendah lagi untuk makan2 di majlis kesyukuran di stokis beliau iaitu satu CMC dan Cotton Japanesse Chesse Cake (order kali kedua..hantu cis betoi hang Yam! hehehe)

hmm agak2 sapa laaahhh Edy Montok ni yer???...pandai hg ngata orang noh!

Cotton Japanesse Cheese Cake

Order ketiga datang dari sahabat2 sekolah juga yang bertugas di PLKN Kulim. Beliau meminta saya buatkan 4 kek Harijadi setiap satunya 2kg untuk meraikan pelajar2 kem PLKN SYRUZ, Kulim. Cukup besar cabaran menyiapkan kek ini bagi saya yang sukakan cabaran! hehehe..di masa yang sama saya perlu menyiapkan persiapan akhir ke karnival...terpaksa saya pakai drebar ke kem tersebut sebab dah 'flat'..thanxs a lot to my hubby for your support..amik MC jadi drebar..oppssss pecah rahsia..takpa bos dia jepun, tak paham! hehehe..

Ini merupakan pertama kali saya menggunakan edible image di atas kek, agak kurang memuaskan bagi saya tapi akan saya cuba atasi di masa depan

Order kedua dan ketiga telah dihantar pada hari yang sama, 26hb ke Kulim. Sahabat2 saya ini memberikan feedback yang positif..amboi makan sampai menjilat siku noh, siku mu basuh dak?!


Persediaan ke Karnival....


Hazelnut choc.


Choc Box ni tak sempat sampai ke tapak karnival..melt plak dalam keta..sebab cuaca terlalu panas saya pulak bertolak dari SP pada pukul 3ptg
(terpaksa tidor dulu selepas hantar kek ke Kulim)

Choc yang telah dipek dalam kotak untuk jualan karnival..pelbagai perisa/filling

Cupcakes yang disediakan..cuaca panas menyebabkan aising sedikit kembang..

Taaaraaaa...hah nilah gerai saya! hehehehe...cantik tak banner..?? sahabat saya Mr.Zamri yang buatkan nih..dari Sakinah studio. Memang sahabat2 saya banyak membantu dalam perjalanan perniagaan saya..thanks to suma..

Upacara perasmian oleh Timb Menterian Asas Tani Dato' Johari..dan juga bekas MB kedah Dato Mahadir Khalid. Lawatan ke gerai2 karnival..huiii ramainya jurufoto keliling gerai Krazycakes hehehe...lupa lak nak pinjam spek pala lori cik Wanne! Saya menerangkan pada beliau konsep perniagaan online..

Selamba ja saya snap gambag nih..Dato' tengah tanya dapat bantuan dak?? saya kata takdak!..pehtu Dato amik kad nak bagi kat pegawai dia untuk tindakan susulan...kalau dapat bantuan alhamdullilah la Dato'...


Ni ja belen untuk hari pertama..na wat camno? memang tujuan nak promosi ja..long term biz..oh terlupa lak, saya ada meminta sahabat (baru kenal semasa temuduga jab pertanian) Ida dari Pdg Sanai letak produk dia iaitu donut choc dan sardin serta roti mini pizza...sambutan pon amat menggalakkan..sedap!

Sambil mempromosi barangan di gerai, saya juga membantu ibu saya di gerai sebelah!..hah tengok nih...
Tokey bunga tengah tunggu kastema 1st day nih sebelom upacara perasmian...

Dato' Joe tengah amik biz kad..

Soalan bertubi dari dua Dato' menyebabkan mama ku tersipu2 menjawabnya..hehehehe...

Datin (wife Dato' Mahadir) tengah tunjuk apa tu???

oooOOo Datin nak beli Wild orkid ni...SOLD!

Persembahan PakLong...

Di hari akhir, semua golongan usahawan menerima sijil masing2..secara keseluruhan majlis ini amat menjayakan..setinggi2 ucapan terima kasih dan tahniah kepada wargakerja dan pihak penganjur karnival. Usaha anda membantu golongan usahawan bumiputera daerah Padang Terap amat kami hargai..yelah sapa yang boleh bagi tapak free macam ni kan?!..Diharap karnival seumpama ini dapat diadakan lagi di masa akan datang, maybe kita boleh bergerak ke daerah lain pulak..

Bagi pihak Krazycakes ini merupakan langkah pertama saya mengadakan promosi secara langsung. Saya amat bersyukur ianya berjalan lancar..harapan saya agar biz ini dapat berkembang lagi di masa akan datang..aminnn...!





*yaty*