Pages

Monday, December 28, 2009

3 tiers wedding cake



.....Officially Husband & Wife.....

Theme : Wedding
Cakes : Moist Choc Cake (bottom), Choc Sponge cake (center) and Butter cake (top)

Masih lagi sekitar majlis perkahwinan my bro/sis...Untuk menyediakan sesuatu yang istimewa untuk adik2 saya..Huihh nak siapkan kek ni bermacam2 cabaran yang saya hadapi dan dari pengalaman itulah yang akan saya jadikan panduan di masa depan...

Ni merupakan wedding cakes pertama saya..dan kena pulak 3 tiers..bayangkanlah projek pertama terus mega projek!..pecah peluh gak la hahahah...dengan gabungan ilmu dari K.Ana dan Linda maka terhasillah cake ini..ni kalau k.ana tengok sure kena komplen pasai bunga dan kalau Linda tengok sure kena komplen pasai steam buttercream tuh..hehehe sori sifu, tak mahir lagi pelan2 naa..practice make perfect right!?

Kek ni telah diupgrade beberapa kali sehinggalah saat2 akhir..dari 2 tiers ke 3 tiers dan dari 32cm(bottom) ke 38cm(bottom)...steam buttercream untuk bottom cake tu saya dah macam surrender tapi dek kerana kaler plak takkan sama kalau ikut cara biasa terpaksalah saya teruskan jugak. Nasib baik atas pertolongan Mama (yang terpaksa bangun kul 230am), dapatlah jugak siapkan kek tuh. Bila dah siap coating, mata plak takleh lena sebab seronok/enjoy menghias kek dengan bunga2 tuh..

Alhamdulilah projek mega saya berjaya jugak akhirnya!..ye ye..

Thanks to my sifu2..

Selamat Pengantin baru untuk abang dan adik, kak doakan semoga bahagia ke anak cucu...



*yaty*

Fancy cookies @ Krazycakes (Price)


A bouquet of fancy cookiesssss....soooo sweeettttt

Entry kali ini adalah sekitar majlis perkahwinan 2 adik saya Harfeeny dan Hafeedzool yang diadakan pada 26hb di Bandar Puteri Hill Park, SP. Untuk majlis tersebut saya telah memperkenalkan beberapa produk terbaru Krazycakes...promosi nih!

Untuk produk pertama, saya telah membuat Fancy cookies untuk diagihkan kepada teman2 rapat mereka. Cookies ini saya gubah seperti sejambak bunga dengan fondant aising sebagai hiasan. Memang cantik dan sweet sangat bila diletakkan di sisi meja solek bilik pengantin. Untuk yang berminat buatlah tempahan segera...amat sesuai untuk sebarang majlis atau untuk teman istimewa anda..

Fancy cookies with bamboo stick
Price : RM2.80/pc (min order 50pcs)

Fancy cookies w/o bamboo stick
Price : RM2.50/pc (min order 50pcs)



*yaty*

Monday, December 21, 2009

Choc Moist Cake double action...

Size : 9" (1.3kg)
Theme : Birthday

Tempahan dari kawan jiranku (lupa nama lagik!), setelah beberapa kali bersms dan talipon menalipon hehehe..akhirnya confirm Kek Choc. Moist dan topping choc. ganache dan choc sagat2 (tingat ais sagat (bahasa ulu kedah) a.k.a ABC di Selatan a.k.a Ais Kacang di Utara)
Segala topping atas tu saya buatkan dari choc. termasuk plate nama dan star..(mau nya tak nama double action!..hehehe)

Kek ni sebenarnya saya buat 2 kali, yang pertama terlajak koko powder..bila hubby makan bahagian ataih dari lebihan yang dipotong sebelum deco dia kata rasa sedikit pahit macam American choc cake tapi sambil tu laju ja dia telan..hmm konpius saya, biag betoi dia nih!...

dek rasa tak pueh ati terpaksa la saya memutar 2nd adunan around 11pm. Maka selamat la kek pertama tuh dalam perut my hubby

..kebetulan pulak tengah dok memesin dapat call dari Makcik bagitau pak sedara saya meninggal dunia di Kuala Ketil..mau tak mau kena la jugak habiskan adunan kedua tu sampai pukul 3 pagi selesai mendeco..dah jadi rezeki mama saya la pulak kek tu pada keesokkan harinya.

Kepada semua ahli keluarga PakNjang saya meminta agar semuanya tabah menghadapi dugaan..semoga rohnya dicucuri rahmat ..amin..


Kepada Aishah, selamat hari jadi yang ke 6..






*yaty*

Soft Cotton Japanesse Cheese Cake

Size : 9"



Kek ni saya buat untuk hubby tersayang yang suka sangat nak beli Cheese cake kat Tesco tuh. Hmmm tah brapa lama punya kek pon tak taulah kan!..memang bini dia ni kalau buat kek tempahan rajin la sangat tapi kalau family sendiri request nak makan kek terrsangatttttlah malazzzznyiaaaaa...heheheh...

Untuk penggemar2 Cheese Cake dan tak brapa sukakan Cheesecake yang masam, rebutlah peluang merasai keenakkan Cheese cake ini...memangggg sedappppp, lembut ringan macam cotton, melt in your mouth lah!



*yaty*

Strawberries Bake Cheese Cake

Strawberries Bake Cheese Cake with fresh strawberries
Size : 8"
Theme : Wedding gift

Kek ini diminta oleh mama kesayangan untuk dihadiahkan kepada anak jiran yang melangsungkan perkahwinan di Kuala Nerang.
Saya telah membalut kek ini dengan fondant untuk elak dari buah2 strawberries itu bergolek2 ketika dalam perjalanan. Al-maklumlah dari SP ke Kuala Nerang..pehtu nak berjalan ke Pendang pulak kan!?. Masa nak buat kek ini baru teringat yang saya terlupa nak beli kotak dan pelapik kek untuk hantaran tu..ermm alamat pakai ja apa yang ada..tu yang nampak besar sangat pelapik tuh!..untuk anak Ustazah Ramlah ( leerr lupa nama lak!)..saya ucapkan Selamat Pengantin Baru..

Untuk Kak Long(anak Cikgu Che Puteh, SORRY kak T takleh buatkan Cheese Kek untuk hantaran pertunangan awak sebab ada tugas yang lebih besar pada tarikh yang sama. Nanti kahwin kak T buatkan special ya!)




*yaty*

Tuesday, December 1, 2009

Frost your cakes with Steam buttercream..(new!)





Price : RM70/kg
Theme : Any

Sempena musim kenduri kawin ni, saya nak pekenalkan produk terbaru dari krazycakes...Steam buttercream..hmmm yummy!..taste berbeza dari buttercream biasa dan tahan cuaca luar untuk wedding..dan yang penting satu alternatif untuk menggantikan fondant kek yang kurang digemari/mahal...Pilihlah apa saja kek didalamnya dan difrostkan dengan steam buttercream..


Jamuan Perpisahan Sekolah 2

Order diterima dari sahabat baik yang bertugas sebagai guru Pra sekolah...sapa lagi Wanne la nih! hehehe...tempahan ini dibuat untuk 3 sekolah - S.K. Sri Wang (kapis 30biji dan fruits tart 30biji), S.K Tuan Syed Jan Al-Jafri (kapis 40biji, fruits tart dan birthday cake) dan S.K Tunku Ismail (kapis 70biji dan fruits tart). Jom layan gambar2 di bawah;






Cupcakes budget untuk kanak2 pra-sekolah...




Birthday cakes untuk kanak2 pra-sekolah...sebenarnya saya nak buat kaler merah tapi susah benar nak dapat kaler merah Elmo sesame street nih..so terpaksa la guna biru navy ni saja...



Ni pulak Fruits tart untuk cikgu-cikgu..

Thanks cikgu2..len kali order lagik..kalau ada yang tak puas hati tu mintak maaflah..len kali kita upgradekan lagik untuk memenuhi citarasa..

Birthday cake

Kek ini ditempah oleh teman se-opis hubby untuk rakannya. Beliau memberi komen yang kek ni terlalu manis..biasa la taste manusia ni berbeza2..emm nampaknya len kali saya kena adjust skit buttercream nih agar kurang manis sesuai dengan selera customers. Terima kasih diatas komen anda, saya akan pertingkatkan mutu produk agar memenuhi kehendak pelanggan!..(azam nih!). Untuk Devi, saya ucapkan Happy Birthday...

Jamuan Perpisahan Sekolah 1

Tempahan diterima dari jiran sebelah..Kak Ida sempena jamuan perpisahan di sekolahnya, 1 biji Kek Coklat Lembap dan 1 biji Kek Lapis Kukus Masam Manis. Walaupon last minute order tapi mampu juga saya siapkan mengikut kehendak beliau...alhamdulilahh.. (tapi kalau buleh len kali jangan la buat lagik ye..hehehe)