Pages

Saturday, February 20, 2010

Eggless Black Forest Strawberry Cake


Order dari Geetha Aimst. untuk menyambut hari jadi rakannya Rash. Menurut beliau, rakannya ini Vegetarian, so terpaksalah saya mencari2 resepi yang tidak menggunakan telur..hasil pertanyaan pada rakan2 bakers dapat la satu resepi ni, disebabkan ini merupakan kali pertama saya mencuba resepi kek tanpa telur maka tak tau la pulak tinggi mana kek ni buleh naik kan?!..dan macam mana rasanya..kek pertama saya lebih kepada moist choc cake dan teksturnya mudah rhelai kata org kedah hehehee (fragile la kot cakap org putih!)..tapi disebabkan ketinggian tak cukup so terpaksa la saya bake lagi sebijik..kali ni sponge kek plak..wow! yang ke2 ni cukup bagusss..so saya letakkan satu layer choc moist dan 2 layer sponge..fillingnya dari strawberry..
topping ni pulak adalah percubaan pertama menggunakan choc whipping cream, menurut sahabat baker, Lina, kek macam ni kita pange German Black Forest..hmmm amat sesuailah dengan fresh strawberry..(tapi ganachenya di luar la pulak lina..)


Theme : Birthday cake
Size : 7" (0.5kg special for Geetha only)
Topping : Fresh choc. whipping cream with strawberries filling

Thank to Geetha, harap kita boleh buat biz lagi di masa akan datang! and also..Happy Birthday to Rash..
(umo tak dinyatakan!)


Kepada peminat kek yang Vegetarian, saya sedia menerima tempahan anda..tapi kek mestilah 1kg ke atas sahaja..



*yaty*

Thursday, February 18, 2010

Jom Pizza!



Salam suma,
Entry ni cuma nak berkenal-kenalan dengan peminat pizza sekitar SP...kalau sudi boleh la buat tempahan sekurang2nya satu hari dari tarikh makan2 korang !..Jom! makan pizza...



Hawaiian Pizza
(main ingredient : sosej @ daging/ayam cincang @ seafood /nenas/cendawan)
Saiz : Family (Large)
Harga :RM28 + extra cheese RM4




*yaty*

Monday, February 15, 2010

Food Warmer for sale



Sesapa yang tercari2 food warmer (yang merupakan salah satu tools dalam pembikinan choc.), bolehlah menghubungi saya dengan segera bagi membuat tempahan...harga pasaran RM25 sahaja tidak termasuk kos penghantaran (sekitar SP FOC jer)...terdapat dalam 2 warna..pink and blue..

**Kek Choc Moist**


Kat bawah ni adalah choc kek moist untuk makan2 yang diorder oleh kawan saya, En. Zamri. Beliau merupakan rakan skolah dari tadika/rendah/menengah(separuh jalan) dan pereka grafik (title nih sesuai dak wei??) untuk segala produk berkaitan Krazycakes (biz kad/banner/stickers dsb)

Member ni pesan nak tulih Gong xi fatt chai jugak walaupon keturunan bukan cina cuma muka ja ada iras2 Guan Eng hehehee...ni dok kalut2 nak bawak kek masuk keta sampai tak sempat nak bagi dia posing lawa2...nak jalan jauh ni, balik Khonerang..jom tengok..





Tto all my frens...

Xīn Nián Kuài Lè, Wàn Shì Rú Yì, Gong Xi Fa Cai! Happy New Year!!!!!!!!.

(words from my cousin...mintak halal k.Nani!)




*yaty*

Thursday, February 11, 2010

Cars for Arunraaj birthday party


Kek ini ditempah oleh seorang ibu kepada anaknyaa (kes terlupa nama! sori) . Disebabkan tempahan dibuat sehari sebelomnya, maka saya pon kekeringan idea untuk deco kereta seperti yang diminta. Harap maaf sekiranya ada kekurangan..

Happy birthday to Arunraaj..


thanks


*yaty*

Monday, February 8, 2010

Valentine day special...

Sempena Valentine day, saya telah menerima order dari students Aimst Univ. Ini merupakan projek besar selepas saya mletakkan jawatan sebagai..dot dot dot..hehehe Order diterima dari Ms Geetha, thank you so much dear!..memang mencabar jugak la buat beratus choc nih ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang cukup panas..compound pon jadi lembik dik!..kalut jugak la daku menelipon sifu dan kawan2 baker yang lain..akhirnya hasil eksperimen dapat juga saya melawan masalah tersebut...thanks to God also la sebab 2-3 hari ni hujan telah mula turun dan menstabilkan suhu kembali....fuhh legaa!

Tempahan telah selamat dihantar ke dorm Aimst on 8hb seperti yang dijanjikan..300++ choc pelbagai bentuk, kotak choc. dan 55pcs valentine theme cuppies..


choc. yang ditempah..

dan choc. dan choc lagik.. dan choc lagik dan lagik... abisss...


Pada
2feb Krazycakes telah mengadakan sedikit jamuan untuk budak2 Prasekolah bagi memperingati kelahiran puteri kesayangan kami Sara Dyana binti Mohd Zaini yang telah 4 tahun meninggalkan kami..

Seronok sangat tengok budak2 ni makan siap ucap.."teriiimaaaa kasiiihhh kawaaann cikgu!". Mereka diajar dengan penuh displin dan ala2 ketenteraan hahahahaa bila nak makan pon kena kawad!..ni cikgu wanne la pandai2 ajag nih!


Selesai bacaan doa dan dengan sopannya..
"jemput makan cikgu..jemput makan kakak..jemput makan kawan cikgu...jemput makan kawan2.." - tera cikgu wanne mendisplinkan depa nih!



sapa habih makan nasik goreng baru diberi kek...habisss belemoih budak2 ni makan kek..skali hidung dagu suma makan...

Tengkiu Wanne sebab bagi peluang saya mengadakan jamuan ni..next year kita jumpa lagi....




Luv,
*yaty*