Pages

Sunday, May 30, 2010

Wedding cake for my neighbour..

Salam...


Tempahan wed kek ini dibuat oleh saya sendiri ...hihihi suspen...untuk diberikan kepada jiran yang melangsungkan perkahwinan pada 29hb May lepas. Sebagai hadiah kepada beliau memandangkan beliau sentiasa menyokong my tiny biz nih. Alhamdullilah selesailah sudah majlis.




Sebenarnya masa menyediakan kek ni saya memang dah betoi2 ffeenat..akibat berkejaran mencari2 bahan mentah untuk menu lauk pengantin! So buttercream yang ada digunakan semaksimum mongkin sebab malas dah nak godek hat baru, krimwell pulak dah habis...tu la pasal kek nampak bayang tuh..hihihi..dah la buttercream sikit..ada hati nak warm-up teknik steam buttercream plak..ayooo



Bunga pon teknik yang baru. Saya cuba membuat rose tanpa menggunakan kon..ok la jugak for 1st timer kan!?..rasanya teknik ni lagi mudah dari yg menggunakan kon..cuma kelopak tak mau nak kembang semangkuk!


Ni antara lauk pengantinyang saya sediakan pada hari tersebut..


Siakap kerabu mentah pelam

Udang 3 rasa




Sira delima

Birthday cake tempahan Azliyati


Salam


Tempahan kek ini diterima dari Azliyati bagi pihak saudaranya di kampung (Kuala Nerang). Sebijik lemon butter cheese cake dan sponge choc cake with blueberry layer. Disebabkan musim kenduri kendara dah tiba..design saya pon dah macam kek pengantin plak..kombinasi colour ni merujuk pada kek yang diajar sifu Linda suatu ketika dulu..saja nak warm-up sebelom buat kek pengantin..





Thanks Azliyati len kali kita berurusan lagi ya!...






*yaty*

Wednesday, May 26, 2010

Operasi musim kenduri + Birthday cake



Monte Carlo Cheese cake with Fresh Strawberries ini diorder oleh Nana sempena harijadi sendiri. Bersama2 order ini Nana telah menempah 600pcs budget fancy cookies untuk majlis perkahwinan adik beliau.


Tempahan selamat dihantar melalui adik Nana yang bertugas di Uitm Merbuk. Thanks Nana and Happy Birthday to you...

Tempahan seterusnya dari Diana Bukit Bayu...ahh berlaku miss communication kat sini..actually bukan dia punya tapi orang lain..alamak! kalut jugak la saya kaver balik nama yang dah diprint nih...tangan pon serba tak jadi ja...tak snap plak kek tuh.. im so sori Diana, jangan nyesal berurusan dgn kak yaty lagi ya!..


Kek Choc Moist
Topping Choc Ganache
Size : 8X8

*yaty*




My birthday on 22nd May

Entry khas ni saya buat sebagai mengucapkan TERIMA KASIH kepada org yang tersayang yang berada disekeliling saya dan yang sentiasa membantu saya dalam susah dan senang...

Dalam kesibukkan menyiapkan order2 kastema, saya tak sempat menyambut hari jadi tahun ini dengan sepuasnya seperti tahun2 lepas..

Lunch untuk birthday saya disediakan oleh Mr Hubby!
Fish n Chips...hmmm yummy!
Hadiah pertama secara surprise dari my BFF..cikgu Harwanne..tgh kita dok kalut membancuh tpg tiba2 cikgu ni dah terpacak kat depan rumah...hihihi bess nih!..len kali buat lar lagik!
Alhamdullilah set ni buleh la rasmi time bulan posa nanti..makan nestum masa soq(sahur)
Hadiah kedua plak, dari sahabat sekolah rendah Siti Mariam yg tgh rancak menjalankan biz Pad Halal/perabut Jati dan macam2 adaaaaaa...wei Yam aku tak tau nak habag biz hg banyak sangat!


Terima kasih suma.....opppsss mana kek????? sori, memang takdak sebab tokey kek bizissss...
*yaty*


Selamat Hari Jadi Kapt Janang!



Sesuatu yang unik pada nama ni..semestinya anak kelahiran negeri Sarawak yang berkhidmat di kem PLKN Syruz, Kulim. Sempena hari jadi beliau pihak kem telah mengadakan kejutan kek harijadi ini..dan hari itu juga merupakan hari terakhir perkhidmatan beliau di situ...terima kasih Kapt Janang kerana sudi mencurah khidmat untuk anak bangsa..jasamu dikenang..Selamat Hari Jadi...
*yaty*

PLKN Kem Syruz, Kulim

Salam,

Lama rasa tak berkesempatan nak updet blog..dan rasa2nya ramai jugak blogger homemade cakes yang bercuti panjang sempena musim kenduri kendara nih...tak menang tangan kan!? hehehe...memandangkan saya free sikit arini, so adalah beberapa entry yang akan saya paparkan..kesian kat kastema dok tunggu2 kek depa untuk diupload...bermula dengan kek untuk pelatih2 PLKN yang menyambut Hari Jadi untuk sesi ke 2 tahun ini..









Choc. Sponge Cake with Blueberry filling

Size : 12" (2kg)

Pada 23hb pula, pihak kem telah menempah satu lagi kek hadiah hari jadi kepada salah satu staff mereka yang tamat perkhidmatannya di situ..

*yaty*


Sunday, May 16, 2010

Minggu yang memenatkan..


Ponat..ponat..ponat ehh...lama rasa tak update blog..rindu larr nak jalan2 blog kengkawan..Saya bizi sket minggu ni dgn tugasan2 yg diberi kastema..ada plak ode terkejut dari kawan2..hmm dah nama kawan2 kan!? kena la buat jugak..ada yg baru ode ada yang nak upgrade ode macam2 hal!...bulan2 yang memberi rezeki kepada tukang kek dah tiba..harap2 dimurahkan rezeki saya dan rakan2 yang berada dalam biz yang sama..rinduuu aaarr kat pekan nat!..dah 2 minggu tak bleh balik nega nih! Meh kita tengah pics satu persatu...


Kek Coklat untuk adik Danish anak kepada sahabat saya Siti Mariam. Permintaan Danish sebelom masuk ke bilik operation tonsil...hehehe yang lawaknya siap pesan nih!..kek tak mau manih sangat..amboi jaga kesihatan betoi adik Danish nih..tak padan dgn kecik..baru tadika nih...berita terbaru yang saya dengag operation terpaksa postpone sebab ayahnya yang mengidap kanser plak jatuh sakit..demam..takpalah Danish nanti ada masa makan kek lagik..suh mama order lagik dgn aunty t ya! ;-)...semoga cepat sembuh both of u..Danish n Mr Zambri..

Chocolate cake
Topping : Choc. ganache/buttercream/edible image
Size : 8"

Ni order dari Makcik Norlela saya dari Kepala Batas Seberang Perai. Cuppies sebanyak 16pcs untuk makan2 di party BBQ.


Choc. Cuppies

Topping choc ganache/buttercream with strawberry flavour and jelly

Order dari Azliyati untuk makan2..mai jauh dari Kulim semata2 nak rasa kek kak t..amat2 terharu!..thanks..semoga kita boleh berurusan lagik..(ya on 29hb ni next order yati, delivery ke kuala nerang!). Japanse cotton cheese cake with blueberry topping...





Dalam kekalutan tu ada plak foto yang tak sempat amik gambar..huhuhu sori yek Aida dari Amanjaya yang ode budget plain cuppies untuk majlis perkahwinan adiknya. Terima kasih kerana menjemput kak t sekeluarga tapi tak sempat nak pegi sebab banyak order.

Terima sms dari sahabat PLKN untuk 2 bijik kek hari jadi pelatih siri ke2. (next surprise kek on 23hb). Choc. Sponge cake with blueberry filling sebesar 2 kg setiap satu...






Celah2 tu sahabat dan pereka grafik krazycakes plak call nak kek coklat utk sekolah anak dia. Alhamdullilah tak kosong perjalanan saya ke PLKN nanti.



Kek Coklat

Topping chocolate ganache

Size : 8X8


Dan tak lupa sahabat yg sentiasa menyokong biz kecil2an saya Cikgu Harwanne, order 2 bijik Prune cakes..untuk jamuan di bilik guru. Ini pon tak snap gambar..sebab tengah bizi2 cikgu nih wat surprise mai amik kat rumah..tipon alih2 kat depan gate dah... Thanks suma sahabat2ku..Selamat Hari Guru! ucapan khas untuk cikgu2 sekolah dan sifu2 baking ku kak Ana dan Linda..Thanks 4 everythings.....

*yaty*

Sunday, May 9, 2010

Happy Birthday Najeeha


My friend said.."there is always a 1st time"..thanks kak Ida http://rafiyus.fotopages.com/
Akirnya jadik jugak kek nombor 1 ku yang dicantum2 nih..

Terima order ni melalui jiran (kak Gee) untuk rakan sekerjanya yang akan mengadakan jamuan harijadi anak mereka. Memang pertama kali buat kek yang bernombor ni..bak kata sifuku Linda..redahh jaa, paling teruk pon jadi nombor 2 sebab kena buat 2 kali heheheh,..lawak jaa!!

Alhamdullilah semuanya menjadi..seronok buat kek ni ..kalau ikot Chef Tan See Fong setiap kek yang berukuran 25cm perlu dihias dalam masa 25minit sahaja..tapi saya ni dah lebih dari tu sebab bila start mendeco ni amat mengasyikkan..buleh release tension..satu terapi nih! thanks tu mama Najeeha ni sebab bagi peluang saya mencuba sesuatu yang baru..sebab tu harga pon at special price!..dan semoga Najeeha membesar menjadi anak yang solehah dan berguna kepada bangsa dan negara!...
cute kan ladybird nih..hehehe

Kek Lemon Butter Cheese


*yaty*

Tuesday, May 4, 2010

Birthday party @ Sek. Seri Wang



Salam,

Gumbira rasa hati hari ni sebab dapat bersama2 menyambut hari jadi budak2 kelas Prasekolah Seri Wang. Special Thanks to
Cikgu Harwanne yang tak putus2 support biz saya. Next order pon dah tempah on 16hb May sempena Hari Guru..

Kali ni cikgu tempah 1 birthday kek termasuk 2 jenis cheese cakes untuk dijamu pada rakan2 guru.


Ada cerita disebalik gambar Upin & Ipin ni..tapi biarlah saya simpan dalam lipatan sejarah perniagaan saya sajalah hehehe..sebagai pengajaran di masa depan. Bukan nak salahkan sesiapa tapi diri sendiri dan yang pasti akhirnya photo ni dapat jua diletakkan di atas kek birthday kanak2 prasekolah yang comel2 suma ni..bila tengok senyuman kegembiraan mereka, rasa satu kepuasan!

ketua kelas diberi mandat tiup lilin...


juga potong kek...

cikgu kata makan kuih dulu sampai habis baru buleh dapat kek dan aiskrim!...kenyang sangat budak2 tu hari ni..balik rumah sure tak makan nasik dah nih!



2 jenis cheese cakes...


Blueberry Cream Cheese Cake

Japanesse Cotton Cheese Cake with strawberry topping



Sekian...





*yaty*