Pages

Sunday, January 24, 2010

From Hubby with Lovesss


Tempahan ni bukan dari My Hubby tapi dari sahabat sekolah lama saya. Walaupon tak pernah bersua (sebab dia masuk masa saya dah ke sekolah lain), cuma chat/sms di Alumni tapi akhirnya sampai jugak hajat hati untuk membuat kejutan kepada isterinya pada hari ulang tahun perkahwinan mereka, merangkap tarikh hari jadi mereka berdua..ya betoi!..depa ni birthday sama hari cuma tahun ja beza..pelik kan!..dah jodoh tak kemana...pandai dia carik bini noh..baru dapat baby lak tuh..TAHNIAH..

Seronok jugak plan surprise untuk si isteri ni..yang si hubby kuar keja. So saya akan memulakan operasi sebelom saya ke tempat kerja esok..harap2 suksess!..suksesss!..hehehe..

Package tempahan kali ni ..Blueberry Cheese cake..roses..dan freegift dari pihak Krazycakes, sepasang Teddy Choco.!


Kepada Rohizad dan Analishah...selamat ulang tahun perkahwinan..selamat menyambut hari jadi..dan Tahniah di atas kelahiran cahaya mata baru2 ni..






*yaty*

Kek Ais Krim Soda


Antara kek kegemaran Mr Hubby...dibuat sempena (huh ada sempena lagi ker?)..hari Sakit dia..hahahah..jadi ni kek untuk orang sakit yang terlantar sebab demam, selsema, batuk, penin pala...andddddd...on MC...!jelesssss tau
Kalau korang pon terliur nak makan meh la order ja ngan kami..cuma RM15 sebijik...


*yaty*

Happy Birthday MyLove


Salam,
Lama benor tak mengupdate blog nih..bz..bz..edisi tertangguh kali ni nak papar kek birthday yang dioder oleh hubby sendiri untuk majlis hari jadinya..hehehehe...dengag macam party lak kan!?sebenarnya kat rumah jaaa...abaikan kecomotan kek tersebut, standard la kek wat utk makan sendiri!..
Kepada Mr. hubby, Happy Birthday to you..semoga hidup dirahmati Allah dalam keadaan sihat sejahtera selalu...amin!



Order kedua untuk makan-makan kat opis. Memandangkan hubby dah mintak kek so buat 2 bijik, satu besar skit untuk dibawa ke opis...


Sekian...





*yaty*

Saturday, January 9, 2010

Chocolate oh Chocolate

Walaupon saya telah mendapat order pertama tahun ini dengan Blueberry Cheese cake pada tanggal 1/1/2010 tapi tak dapat nak display kat sini sebab terlalu rushing taim tu lak kamera wat hal tak dak bateri. Nak dijadikan cerita, tuan kek plak telah 'memenyetkan' kek itew sebelom sampai rumah..adussss..kepada Shidah..hepi besdei aku ucapkan, len kali wat peta rumah hang elok2!..


Tahun 2010



..Pembukaan tirai Krazycakes 2010 dengan produk baru ...Coklat! Kepada katema2 Krazycakes, anda suma dah boleh berangan2 untuk mendapatkan produk ini tapi dengan syarattt tak mo last minit ode...huhuhu..amat sesuai untuk sebarang majlis atau perut sendiri hahaha..

Meh layan gambar dulu!

Choco. Bear2


Choco. Marble



Choco. Boxes


Choco. Wafer Cube


Layers Heart


Chocolates in casing (special gift)



Harga untuk suma chocolate bergantung kepada...

1) Berat/size, casing dan filling (kacang/ganache/buahan kering dsb).
2) Untuk bulk order (door gift), harga istimewa boleh dirunding.
3) Design bergantung kepada mould yang saya ada.

Available shape :
1) Roses (small and big size)
2) Love
3) Gift box
4) Heart
5) Teddy bear (big size)
6) Round


*yaty*