Pages

Friday, November 5, 2010

Tempahan-tempahan kek


Salam suma...
Apa khabar bakers2 suma..tentu tengah asyik menyiapkan tempahan2..al maklum laaa musim kenduri kendara hampir tiba..bermula dgn deepavali..hari raya aidiladha..dan seterusnya cuti sekolah yg panjang...di samping itu tak lupa jugak kepada para bakers di sebelah utara nih yg ditimpa malang dek kejadian banjir...

Alhamdulillah, kawasan saya tak terlibat sama..kalau tidak terbantut jugak aktiviti seharian. Dalam kekalutan menyiapkan tempahan, sempat juga saya menjengok orang kampung di Kuala Nerang..banyak jugak kerugian yg dianggarkan..banjir kali ini lebih besar dari tahun 2005..ada yg terputus hubungan dgn dunia luar...Harap2 kalian tabah menghadapi dugaan Allah s.w.t...

Meh kita tengok tempahan yg saya terima sepanjang 2 minggu ini...

Tempahan Geetha utk somebody yg baru balik dari Saudi..untuk present katanya..so saya cadangkan cupcakes di dalam kotak ni..syarat Geetha mesti cute2..dia nakkan bunga ros, ladybirds, piping jelly dan unta..hurrmm unta??? tak brani akak nak ngaku dikkk..sebab tak sempat nak buat research...last2 saya cuba jugak lukis gambar unta..kekekeke mcm keldai la pulak..kuda tak kuda..unta tak unta...amik kooo..




Tempahan sempena Deepavali oleh Ms Vani..rakan opis saya dahulu..TQVM

Kek Coklat Moist...(hmm ejaan salah la plak dahhh..kira halal lah noo)

Tempahan kek kukus lapis prune dan carrot walnut ini untuk jiran di kampung..Makcik Pah. Asalnya untuk dibawa ke kelantan mengikuti rombongan keluarga, tapi terbatal plak di saat2 akhir akibat bencana alam banjir ni...kek pon selamat dikorban oleh anak cucu beliau..terima kasih makcik Pah kerana sudi buat tempahan..


Tempahan dari Kak Ros untuk Puteri kesayangannya, Qistina..walaupon dah berkali2 saya buat kek macam ni tapi saya cukup2 suka...kali ni saya bereksperimen dgn membuat lebah/bees..satu kelainan untuk kek taman nih..


Happy Birthday Qistina...